08 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat kembali semula ke sekolah. Tetapkan matlamat untuk menjadi lebih baik dari semalam...

28 August 2012

Percubaan SPM

Selamat menghadapai peperiksaan percubaan SPM 2012 kepada semua pelajar tingkatan 5 negeri Terengganu

14 March 2012

Tajuk penting

Tingkatan 4: Bab 2

ASPEK 3 : PENINGKATAN EKONOMI

1. Namakan dua kegiatan ekonomi tamadun awal manusia (soalan struktur)

F1 Cucuk tanam

F2 Mengutip hasil hutan

F3 Memburu

F4 Menangkap ikan


2. Apakah ciri-ciri peningkatan tamadun dalam bidang ekonomi (soalan struktur)

F1 Perdagangan antarabangsa

F2 Persatuan perdagangan

F3 Matawang

F4 Sistemcukai

F5 Teknologi pertanian


3. Jelaskan perkembangan ekonomi dalam Tamadun India / Nyatakan sumbangan tamadun India dalam perdagangan. (soalan struktur)

F1 Perkembangan perdagang

F2 Pusat perdagangan seperti Kalinga

F3 Perdagangan luar dengan Asia Tenggara

F4 Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan

F5 Matlamat persatuan untuk kawal harga & kualiti barang dan gaji pekerja

F6 Terdapat mata wang

F7 Terdapat cukai untuk menyara anggota tentera, pentadbir, raja

F8 Terdapat perusahaan barangan emas, mutiara

F9 Terdapat perusahaan tekstil, kain kapas


4. Jelaskan sumbangan tamadun China dalam bidang ekonomi // Apakah sumbangan tamadun China dalam bidang pertanian?

Pertanian [soalan struktur] Perusahaan

F1 Tereskan bukit - Membuat logam

F2 Perkenal penyisir tanah - Membuat tembikar

F3 Guna kereta kuda

F4 Guna kolar kuda Perdagangan

F5 Guna sistem tanaman bergilir - Perdagangan ke alam Melayu, India,

F6 Sistem pengairan Timur Tengah

F7 Teknologi pembajakan - Guna jalan darat

- Guna jalan laut


Sumbangan Tamadun China

Terangkan Sumbangan Tamadun China kepada peradaban dunia

F1 Pemerintahan dan pentadbiran F6 Sains dan Teknologi

- Sistem feudal H1 Yin dan Yang guna dalam perubatan

- pemerintahan berpusat H2 Teknologi buat kertas

- Birokrasi awam H3 Tembikar

H4 Layar perahu

F2 Perundangan H5 Astronomi

- Falsafah legalisme

- hukuman berat / undang-undang tegas F7 Senibina

dan kukuh / tiada belas kasihan - Tembok besar China

- Ajaran Confucius - Guna batu bata

- Perkemanusiaan / maruah diri / kesopanan / - Bina istana

hubungan baik sesama manusia - Pagoda

- Bina kuil

F3 Perluasan kuasa

H1 Shih Huang Ti

H2 Memerintah secara autokratik

H3 Tegas dan mutlak

H4 Hapuskan kuasa bangsawan

H5 Melantik panglima tentera

H6 Menyiapkan tembok besar China

F4 Ekonomi / Pertanian

H1 Kemajuan pertanian

H2 Batas tanaman

H3 Kolar kuda

H4 Penyisir tanah

H5 Penanaman bergilir

H6 Bukit di teres

H7 Sistem pengairan

H8 Perusahaan logam dan tembikar

H9 Kemajuan perdagangan – Jalan Sutera

F5 Pendidikan

- Peperiksaan Awam China

- Untuk menjadi pegawai kerajaan

- Melibatkan 3 tahap

- pendidikan 3 peringkta – rendah / menengah / tinggi


UNDANG-UNDANG BERHUBUNG TANAH

Pemilikan dan penggunaan tanah masyarakat Melayu Sebelum British

Pembesar

F1 Aktiviti ekonomi atas tanah perlu ada kebenaran pembesar

F2 Tanah sumber ekonomi

F3 Tanah tunggak kuasa politik & kedudukan pembesar

Milik

F3 Tanah menjadi milik peneroka

F4 Diwarisi oleh generasi kemudian

Tidak penting

F5 Tanah tidak menjadi persoalan utama dalam kehiduapan seharian masyarakat Melayu

F6 Kepadatan penduduk rendah

F7 Terdapat tanah luas

Senaraikan undang-undang berhubung tanah di:

i) Tanah Melayu

F1 Peraturan Tanah perak 1879

F2 Kanun Tanah Selangor 1891

F3 Peraturan Tanah Sungai Ujong 1987

F4 Akta Tanah Simpanan Melayu 1913

ii) Sarawak

F1 Land Order

F2 Land Settlement Order

iii) Sabah

F1 Proklamasi III Perlindungan hak Peribumi

Nyatakan kesan pengenalan undang-undang berhubung tanah kepada orang Melayu

Kebenaran

F1 Mengusahakan tanah tidak perlu ada kebenaran pembesar Melayu

F2 Buat permohonan di pejabat tanah

F3 Residen berkuasa mengisytiharkan mana-mana tanah milik melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu

F4 Perlu dapat kebenaran Pejabat Tanah untuk menguti sumber hutan

Wang

F5 Perlu membayar cukai

F6 Semua urusann jual beli, sewa tanah, cukai dibayar dengan wang

F7 Pinjam wang dari orang tengah

F8 Jual tanah untuk melangsaikan hutang mereka

Mundur

F9 Penglibatan dalam pertanian tradisional sahaja

F10 Kebanyakan tanah tidak subur

F11 Tanah tidak sesuai untuk ekonomi perladangan

Membela

F12 Berjaya mengelak tanag orang Melayu berpindah kepada bukan Melayu

F13 Dapat jamin masa depan ekonomi politik dan sosial orang Melayu

F14 Menyelamatkan tanah daripada dijual, dipajak gadai, tukar milik kepada bukan Melayu

F15 Berjaya melindungi hak milik tanah masyarakat peribumi

Lain-lain

F16 Orang Melayu miskin

F17 Orang Melayu terus tinggal di luar bandar

F18 Orang Melayu mundur

Soalan KBKK

Pada pandangan anda mengapakah British menukarkan sistem pentadbiran tanah di Tanah Melayu

F1 Dapat mengeksploitasi ekonomi tempatan

Melayu

F2 Kekalkan orang Melayu dalam ekonomi tradisional

F3 Kekalkan orang Melayu mundur

F4 Kekalkan orang Melayu tinggal di luar bandar

F5 Mengelakkan persaingan dengan pemodal Eropah

British

F6 Tanah elemen utama dalam ekonomi menjajah

F7 Melindungi kepentingan ekonomi British

F8 Melindungi kepentingan politik mereka

F9 Eksploitasi ekonomi tempatan

Mudahkan

F10 Tiada rekod pemilik tanah

F11 Memudahkan urusan cukai

F12 Tanah boleh dicagar untuk modal

F13 Boleh melakukan urusniaga tanah spt pajakan & penjualan

Langkah-langkah untuk menjaga tanah peribumi di Sabah & Sarawak

F1 Hak milik secara perwarisan

F2 Bahagikan tanah kepada tanah campuran, tanah simpanan, tanah pedalaman

F3 Imigran mempunyai hak terhadap tanah campuran sahaja

F4 Kepentingan hak milik tanah peribumi dibawah kuasa pegawai daerah

F5 Perkenalkan Land Orde di Sarawak

F6 Perkenalkan land Settlement Order di Sabah

F7 Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi di Sabah

DASAR BRITISH TERHADAP PEKEBUN KECIL MELAYU

Apakah langkah-langkah British untuk mengekalkan orang Melayu dalam pertanian tradisional.

Undang

- Perkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917

- Akta Tanah Simpanan Melayu

- Land Order dan Land Settlement Orde di Sarawak

- Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi di Sabah

Getah

- Melarang penanaman getah di tanah padi

- Premium permohonan tanah baru untuk getah di larang

- pembukaan tanah baru untuk getah dilarang

- Pekebun kecil Melayu diberi kupta rendah

Padi

- Tidak benarkan tanam getah di tanah padi

- Tubuhkan Jabatan Parit & Tali Air

- Memperbaiki sistem perparitan dan tali air

10 December 2011

Selamat Bercuti

Selamat bercuti dan selamat menempuh peperiksaan SPM kepada semua pelajar SMKBB

12 November 2011

Penting SPM 2011 petikan dari "Abezek sudah tau"

BAHAGIAN A
Soalan 1 – Tamadun Indus
Soalan 2 – Pengaruh Islam Terhadap Pendidikan Formal
Soalan 3 – Birokrasi Barat di Asia Tenggara / Nasionalisme di Asia Tenggara
Soalan 4 – Langkah Pembentukan Malaysia

BAHAGIAN B
Soalan 5 – Kerajaan Bani Umaiyah
Soalan 6 – Penggunaan Buruh Luar
Soalan 7 – Malayan Union
Soalan 8 – Lambang Negara
Soalan 9 – Perang Dunia Pertama / Blok Dunia & Perang Dingin


(a) Namakan dua bandar terancang tersebut.

  • Mahenjo Daro
  • Harappa
[2 markah]
(b) Apakah ciri bandar terancang yang disebutkan di atas.

  • Mempunyai dua bahagian
  • Mempunyai pusat pentadbiran
  • Mempunyai pusat petempatan
  • Mempunyai sistem kumbahan
  • Mempunyai tembok
  • Mempunyai jalan raya
  • Mempunyai susunan teratur
  • Disusun secara blok
[2 markah]

(c) Mengapakah masyarakat di lembah Indus mampu membina bandar terancang ?

  • Menguasai ilmu matematik
  • Menguasai ilmu geometri
  • Menguasai ilmu seni bina
  • Memiliki kemahiran membuat batu-bata
  • Memiliki kemahiran dalam pembinaan
  • Memiliki kemahiran menyusun atur
  • Meniru teknologi tamadun lain
  • Meniru unsur seni bina tamadun lain
  • Meniru budaya kerja tamadun lain
[2 markah]

(d) Nyatakan dua fungsi bandar terancang dalam masyarakat tamadun Indus.

  • Pusat pentadbiran
  • Pusat petempatan
  • Pusat perdagangan
  • Pusat kegiatan sosial
  • Pusat pengumpul hasil pertanian
  • Pusat ibadat
  • Tempat tinggal pemerintah
  • Pelabuhan
[2 markah]

(e) Apakah nilai yang boleh anda contohi daripada kejayaan masyarakat di lembah Indus membina bandar terancang ?

  • Menguasai ilmu
  • Menguasai kemahiran
  • Bersikap terbuka
  • Mengambil unsur baik tamadun lain
  • Bersungguh-sungguh
  • Kreatif dan inovatif
  • Mana-mana munasabah
[2 markah]

Soalan STRUKTUR

(a) Apakah maksud pendidikan formal ?

  • Diperolehi secara lansung
  • Diajar oleh guru
  • Diperolehi di institusi pendidikan
[2 markah]

(b) Nyatakan perubahan yang dibawa oleh Islam dalam pendidikan formal masyarakat Melayu tradisional.

  • Belajar tentang agama Islam
  • Diajar oleh ulama
  • Mendapat pendidikan di istana, masjid, pondok, madrasah dan rumah tok guru
  • Terbuka kepada semua lapisan masyarakat
  • Dibuka kepada lelaki dan perempuan
  • Menuntut ilmu adalah satu kewajipan
[2 markah]

(c) Namakan dua buah pondok yang ditubuhkan di Tanah Melayu.
  • Pondok Kutan
  • Pondok Pulai Chondong
  • Pondok Pulau Manis
  • Pondok Langga
  • Pondok Titi Gajah
[2 markah]


(d) Nyatakan ciri sistem pondok.

· Menekankan ilmu agama
· Bertujuan melahirkan guru agama
· Bertujuan menyediakan individu yang boleh berkhidmat kepada masyarakat

· Tiada batasan waktu belajar

  • Tiada had umur
  • Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian
[2 markah]

(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem madrasah lebih tersusun berbanding sistem pondok ?

  • Menggunakan sukatan pelajaran
  • Dijalankan secara kelas
  • Dilaksanakan mengikut tahap (permulaan, pertengahan dan pengkhususan)
  • Diawasi oleh mudir (guru besar)
  • Diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.
[2 markah]

KERAJAAN BANI UMAIYAH
Soalan ESEI

(a) Terangkan pembaharuan yang diperkenalkan oleh pemerintah kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran.

WAKTU HIJABAH

  • Wa Memperkenalkan sistem wazarah
(Wazir & Gabenor)
  • K Memperkenalkan sistem khalifah
(secara warisan)
  • T Memperkemaskan sistem tentera
(Diwanul Jundi, tentera laut & tentera darat)
  • U Memperkenalkan sistem urusetia
(lantik pegawai)
  • Hi Memperkenalkan sistem hijabah
(kawal keselamatan khalifah)
  • Ja Menubuhkan jabatan
(Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Cop Mohor Pemerintah)
  • Ba Menubuhkan bahagian
(Bahagian Surat Menyurat, Bahagian Cukai, Bahagian Tentera, Bahagian Polis, Bahagian Kehakiman)
  • H Memperkemaskan kehakiman
(Menggunakan ijtihad berpandukan al-Quran, sunnah dan ijmak, hakim mesti adil, hakim mesti bebas)
[8 markah]

(b) Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ekonomi dan sosial.

Ekonomi
  • Menubuhkan Baitulmal.
  • Mewujudkan sistem kewangan Islam
kharaj, jizyah, zakat, usyur , ghanimah
  • Menguasai perdagangan antarabangsa
  • Cordova menjadi pelabuhan entreport
  • Berkembangnya perusahaan tembikar, perhiasan, kulit dan membuat senjata.
  • Kemajuan dalam sektor pertanian.
  • Membina sistem saliran
  • Menjalankan penyelidikan benih

Sosial
  • Menubuhkan hospital
  • Menubuhkan hospital kusta
  • Meningkatkan seni bina Islam
  • Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi
  • Memperkenal baris dlm tulisan al-Quran
  • Berkembangnya cabang ilmu Islam
  • Berkembangnya ilmu kimia & astronomi
  • Lahirnya ilmuan Islam
  • Menubuhkan pusat pengajian tinggi
  • Membina perpustakaan
  • Cordova menjadi pusat keilmuan
  • Cordova menjadi pusat penterjemahan
  • Menterjemahkan karya Yunani
  • Memelihara ilmu Eropah drp lenyap
[8 markah]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah pemimpin negara memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi ?

  • Memajukan negara
  • Meningkatkan taraf hidup rakyat
  • Membuka peluang pekerjaan kepada rakyat
  • Menguasai perdagangan antarabangsa
  • Membuka peluang pelaburan
  • Meneroka bidang ekonomi baru
  • Meningkatkan daya kreativiti masyarakat
  • Meningkatkan daya saing rakyat dalam bidang ekonomi
  • Mengurangkan penggantungan rakyat kepada kerajaan
  • Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
PENGGUNAAN BURUH LUAR
Soalan ESEI

(a) Apakah faktor yang mendorong kemasukan buruh Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 ?

  • Kesulitan hidup di negara asal
  • Kepesatan sektor pertanian komersil dan perlombongan.
  • Banyak peluang pekerjaan
  • Keperluan tenaga buruh di TM
  • Galakan pihak British
  • Tidak ditentang oleh orang Melayu.
  • Wujudnya hubungan tradisi antara India dan China dengan Tanah Melayu
  • Kestabilan politik di Tanah Melayu
[6 markah]
(b) Terangkan cara kemasukan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu.

Sistem Tiket Kredit
  • Sin Kheh dikumpul oleh Kheh Tau
  • Kheh Tau serah kpd nakhoda kapal
  • Sin Kheh buat perjanjian dgn nakhoda
  • Sin Kheh dibekalkan tiket
  • Nakhoda serah buruh kepada pemborong buruh di Tanah Melayu
  • Pemborong buruh carikan majikan

Sistem Pengambilan Kakitangan
  • Majikan hantar pegawainya ke China
  • Pegawai cari buruh
  • Tambang dibiayai majikan
  • Pegawai iring buruh ke Tanah Melayu
  • Buruh buat perjanjian dengan majikan
  • Buruh bekerja hingga hutangnya jelas

Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
  • Rumah kongsi lantik wakilnya di China
  • Wakil rumah kongsi cari buruh
  • Wakil rumah kongsi biayai tambang
  • Wakil rumah kongsi iring buruh ke TM
  • Wakil serah buruh kpd rumah kongsi
  • Rumah kongsi carikan kerja

Sistem Bebas
  • Datang sendiri
  • Menggunakan biaya sendiri
  • Bebas memilih kerja

Sistem Kontrak
  • Dibawa oleh majikan
  • Biaya ditanggung oleh majikan
  • Perbelanjaan dikira hutang
  • Buruh diikat dengan kontrak
  • Terpaksa bekerja dengan majikan
  • Dibayar gaji murah
  • Bekerja hingga jelas hutang

Sistem Kangani
  • Majikan beri lesen kpd kangani
  • Kangani pulang ke India cari buruh
  • Perbelanjaan ditanggung oleh kangani
  • Kangani iring buruh ke Tanah Melayu
  • Buruh diserah kepada majikan
  • Kangani dibayar komisyen
[10 markah]
(c) Kemukakan cadangan anda, apakah langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara kita ?

  • Adakan kawalan di sempadan
  • Bayaran levi yang tinggi
  • Tidak mengeluarkan permit kerja
  • Denda jika majikan guna buruh asing tanpa permit
  • Hantar pulang buruh asing
  • Guna khidmat buruh tempatan
  • Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]

MALAYAN UNION
Soalan ESEI

(a) Terangkan sebab orang Melayu menentang gagasan Malayan Union.

· Harold MacMichael mengugut raja
· Raja dipaksa menerima Malayan Union
· Raja tidak berpeluang berunding
· Masa tidak sesuai adakan perubahan
· Kuasa raja Melayu terhakis
· Tanah Melayu menjadi tanah jajahan
· Menentang kerakyatan jus soli
· Status quo orang Melayu akan hilang
· Orang Melayu akan mundur
[8 markah]


(b) Jelaskan tindakan yang dilakukan oleh orang Melayu membantah Malayan Union.

· Menulis bantahan dalam akhbar
· Adakan demonstrasi secara aman
· Berkumpul bersama raja di Kuala Kangsar menyatakan bantahan
· Menghidupkan semula pertubuhan Melayu
· Menubuhkan UMO (United Malays Organization)
· Mengadakan Kongres Melayu Pertama
· Menubuhkan UMNO
· Mengadakan Kongres Kedua
· Mengadakan rapat umum
· Minta sokongan pegawai British
[6 markah]


(c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faktor yang menyebabkan orang Melayu berjaya membatalkan gagasan Malayan Union ?

  • Perpaduan orang Melayu
  • Pemimpin berwibawa
  • Bangkit bersama di seluruh negara
  • Ketegasan orang Melayu
  • Sokongan raja Melayu
  • Sokongan bekas pegawai British
  • Kaedah secara rundingan
  • Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]

LAMBANG NEGARA
Soalan ESEI

(a) Jelaskan sejarah penciptaan lagu Negaraku.

  • Dicipta pada tahun 1957
  • Dicipta untuk menggantikan lagu “God Save The Queen”
  • Dipilih daripada empat buah lagu
  • Pemilihan diadakan di Depoh Polis, KL
  • Diperdengarkan oleh Pancaragam polis
  • Lagu Terang Bulan dipilih
  • Diperkenankan oleh Jemaah Raja-Raja
  • Lirik lagu Negaraku digubah oleh Encik Saiful Bahri
[6 markah]

(b) Terangkan mesej yang terdapat dalam lirik lagu Negaraku.

  • Malaysia adalah negara kita
  • Malaysia tempat kelahiran warganya
  • Malaysia tempat tinggal rakyatnya
  • Rakyat Malaysia hidup bersatu padu
  • Rakyat mestilah bersatu padu
  • Perpaduan hendaklah diutamakan
  • Perpaduan boleh memajukan negara
  • Kita hendaklah bersama-sama memajukan negara
  • Negara Malaysia sentiasa makmur
  • Kemakmuran negara anugerah Tuhan
  • Kita hendaklah bersyukur dengan kemakmuran negara
  • Kita hendaklah menjunjung kedaulatan Raja Melayu
  • Tumpahkan kesetiaan kepada negara
  • Mempertahankan kedaulatan negara
[8 markah]

(c) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang boleh diambil untuk mencegah gejala menghina lagu Negaraku dalam kalangan masyarakat di negara kita ?

  • Memberi nasihat
  • Mengadakan sesi kaunseling
  • Beri tunjuk sebab
  • Tindakan saman
  • Denda yang tinggi
  • Penjara mandatori
  • Menjalankan khidmat sosial
  • Amaran dilucutkan kerakyatan
  • Buang daerah
[6 markah]


TAJUK PANAS
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011

Tajuk PANAS pun jangan pulak demo abai. Antara tajuk Birokrasi Barat di Asia Tenggara dengan tajuk Nasionalisme di Asia Tenggara, kawe rasa akan naik mana-mana satu – untuk Soalan 3. Antara tajuk Perang Dunia Pertama dengan tajuk Blok Dunia & Perang Dingin, kawe rasa akan naik mana-mana satu – untuk Soalan 9. Tajuk Langkah Pembentukan Malaysia, kawe rasa ada harapan besar.
Jangan bimbang ... Abezek sudah tau ...


PANAS – BIROKRASI BARAT DI ASIA TENGGARA
Soalan STRUKTUR

(a) Apakah ciri pemerintahan tradisional di IndoChina sebelum penjajahan Perancis di negara tersebut ?

· Mengamalkan pemerintahan beraja
· Raja mengetuai kerajaan
· Raja berkuasa mutlak
· Raja menjadi ketua pentadbiran, ketua agama, ketua hakim dsb.
· Raja dibantu pembesar pusat
· Pembesar tempatan diberi kuasa mentadbir daerah
· Meniru pentadbiran Tanah Besar China
· Pegawai terdiri drp golongan Mandarin
  • Pegawai dipilih melalui peperiksaan
[2 markah]

(b) Bagaimanakah pentadbiran Union Indochinoise dilaksanakan semasa penjajahan Perancis di IndoChina ?

· Menubuhkan kerajaan pusat (Union Indochinoise)
· Menggabungkan Vietnam, Laos dan Kemboja di bawah satu pentadbiran
· Melantik Gabenor Jeneral mengetuai pentadbiran pusat
· Gabenor Jeneral dibantu oleh Leftenan Gabenor, Residen Jeneral dan Residen Wilayah.
· Menubuhkan biro (jabatan)
· Melantik orang Perancis mengetuai biro
· Menggunakan undang-undang Perancis
· Undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis.
[2 markah]

(c) Semasa menjajah Filipina, Sepanyol telah memperkenalkan sistem encomienda. Apakah maksud sistem tersebut ?

  • Pentadbiran di peringkat tempatan
  • Menggabungkan barangay menjadi sebuah encomienda
  • Encomienda diketuai oleh encomiendero
[2 markah]

(d) Nyatakan tugas encomiendero.

  • Memungut cukai
  • Menjaga keamanan encomienda
  • Mengkristiankan penduduk
[2 markah]

(e) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah sistem encomienda dibenci oleh penduduk tempatan ?

  • Penduduk dijadikan buruh paksa
  • Penduduk dijadikan tentera kerahan
  • Penduduk dikenakan cukai tinggi
  • Penduduk dipaksa memeluk Kristian
  • Pembesar tempatan dilucutkan kuasa
  • Undang-undang Barat dikuatkuasakan
  • Hasil dibolot oleh penjajah
[2 markah]

PANAS – NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Soalan STRUKTUR

(a) Berikan dua matlamat perjuangan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina.

· Menjadikan Filipina sebagai wilayah Sepanyol
· Mendapatkan hak bangsa Filipina sama dengan bangsa Sepanyol
· Mendesak Sepanyol membuat pembaharuan politik, ekonomi & sosial
[2 markah]

(b) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Andres Bonifacio dalam gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina.

· Menubuhkan parti Katipunan
· Menuntut kemerdekaan
· Menerbitkan akhbar Kalayan
· Menyebarkan fahaman revolusi
· Melancarkan revolusi bersenjata
[2 markah]

(c) Apakah faktor yang membangkitkan semangat nasionalisme di Thailand ?

· Tidak suka akan pemerintahan raja berkuasa mutlak
· Kerabat diraja membolot kuasa politik
· Sikap raja yang boros.
· Ekonomi Thai dikuasai kapitalis Barat
· Ekonomi Thai dikuasai orang Cina
· Penyebaran kebudayaan Cina
[2 markah]

(d) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Phibul Songram untuk menyekat pengaruh orang Cina di Thailand ?

· Meluluskan undang-undang menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi
· Menamatkan penerbitan akhbar Cina
· Membubarkan sekolah Cina
· Menukarkan nama negara Siam kepada Thailand (Tanah Bebas)
· Pegawai kerajaan mesti beragama Buddha
[2 markah]


(e) Pada pendapat anda, mengapakah nasionalisme Thailand berbeza daripada nasionalisme di negara Asia Tenggara yang lain ?

· Tidak menuntut kemerdekaan
· Mengubah sistem beraja mutlak
· Bukan antipenjajah
· Tidak menggulingkan raja
· Tidak merampas kuasa
· Menyekat penguasaan golongan kapitalis dan Cina dalam ekonomi
· Menyekat penyebaran kebudayaan Cina
· Bertujuan mengekalkan kemerdekaan
[2 markah]

PANAS – LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
Soalan STRUKTUR

(a) Senaraikan tokoh yang menganggotai Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).

  • Donald Stephens - Pengerusi
  • Tunku Abdul Rahman
  • Ong Yoke Lin
  • Khir Johari
  • Lee Kuan Yew
  • Tun Datu Mustapha Datu Harun
[2 markah]

(b) Apakah peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) dalam menjayakan pembentukan Malaysia ?

  • Menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia
  • Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
  • Meninjau pandangan penduduk tentang pembentukan Malaysia
  • Menilai pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia
  • Mengadakan mesyuarat tentang pembentukan Malaysia
  • Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
[2 markah]

(c) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Suruhanjaya Cobbold dalam merealisasikan pembentukan Malaysia.

  • Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
  • Menilai pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
  • Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah kpd pihak British.
  • Menerima memorandum oleh pelbagai pertubuhan.
  • Mengemukakan laporan memorandum kepada kerajaan British.
  • Mengemukakan cadangan perlembagaan baru bagi Malaysia
[2 markah]

(d) Apakah laporan Suruhanjaya Cobbold berhubung pendirian rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia ?

  • Satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju tanpa syarat
  • Satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah tidak bersetuju
  • Satu pertiga rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan syarat
[2 markah]

(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah faedah yang diperolehi Sarawak dan Sabah dengan menyertai persekutuan Malaysia ?

  • Mempercepatkan kemerdekaan negeri Sarawak dan Sabah
  • Mewujudkan kestabilan politik di Asia Tenggara
  • Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo
  • Mewujudkan pasaran yang lebih luas
  • Menggalakkan industri pertanian
  • Memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu
  • Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota
  • Memajukan pertanian
  • Memindahkan teknologi
  • Menambahkan kecekapan dalam pentadbiran negeri
[2 markah]


PANAS – PERANG DUNIA PERTAMA
Soalan ESEI

(a) Terangkan sebab yang mencetuskan Perang Dunia Pertama 1914 – 1918.

  • Kemunculan nasionalisme di Eropah
  • Negara-negara kecil bersatu membentuk negara bangsa besar
  • Persaingan mendapatkan tanah jajahan
  • Persaingan merebut peluang ekonomi
  • Imperialisme Baru – mendapatkan bahan mentah dan pasaran
  • Pakatan negara-negara Eropah. – Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
  • Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand oleh pengganas Serbia
  • Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia
  • Jerman menyerang Perancis menimbulkan kemarahan Britain
  • Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman
  • Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat
[8 markah]

(b) Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama.

  • Tamatnya sistem beraja di Eropah.
  • Termeterainya Perjanjian Versailles
  • Terbentuknya negara baru.
  • Terbentuknya Liga Bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa.
  • Negara berperang menanggung hutang.
  • Masalah inflasi dan pengangguran.
  • Pasaran dunia dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun.
  • Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.
  • Kehilangan nyawa yang banyak.
  • Pencetus Perang Dunia Kedua.
[8 markah]


(c) Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan berlakunya peperangan ?

  • Eratkan hubungan diplomatik
  • Jangan bentuk pakatan negara
  • Elakkan persaingan ideologi
  • Cegah perlumbaan senjata
  • Tingkatkan peranan PBB
  • Jangan campuri urusan politik negara lain
  • Jangan alihkan isu ekonomi negara melalui propoganda peperangan
  • Tingkatkan kemajuan ekonomi negara
[4 markah]

PANAS – BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN
Soalan ESEI

(a) Apakah faktor yang menyebabkan wujudnya blok dunia ?

  • Ideologi berbeza.
  • Persaingan blok kapitalis dengan blok komunis
  • Persaingan Amerika dengan Rusia.
  • Ingin membuktikan kekuatan
  • Mahu menyebarkan pengaruh di Eropah dan Asia.
  • Ingin memajukan kepentingan masing-masing
[6 markah]


(b) Jelaskan perbezaan antara ideologi kapitalis dengan ideologi komunis.

  • Pemerintahan negara kapitalis secara demokratik.
  • Negara komunis secara diktator.
  • Pemilihan kerajaan blok kapitalis melalui pilihan raya.
  • Hanya Parti Komunis sahaja yang diiktiraf di negara blok komunis.
  • Blok kapitalis membuka peluang perniagaan kepada persendirian.
  • Orang persendirian boleh memiliki perniagaan.
  • Di Negara komunis, perniagaan dimiliki dan diurus oleh kerajaan
  • Negara blok kapitalis memberi kebebasan individu sepenuhnya.
  • Negara blok komunis mengawal kebebasan individu.
[8 markah]


(c) Kewujudan blok dunia mencetuskan perang dingin. Pada pendapat anda, apakah kesan perang dingin terhadap negara membangun ?

  • Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan Amerika Syarikat dan Soviet Union
  • Pembentukan blok kapitalis dan blok komunis.
  • Penubuhan pakatan NATO, WARSAW dan SEATO.
  • Berlakunya perlumbaan senjata.
  • Memberi peluang kepada negara baru membina identiti sendiri
  • Memberi peluang kepada negara baru menangani cabaran melalui hubungan antarabangsa dan serantau
[6 markah]