25 November 2009

Banjir

Banjir gelombang kedua telah kembali. Kepada calon-calon SPM 2009 khususnya di kawasan yang sering dilanda banjir diminta sentiasa prihatin dengan perkembangan semasa. Ini adalah penting bagi memastikan anda tidak terhalang untuk menduduki peperiksaan. Peperiksaan SPM merupakan peperiksaan yang penting kerana setiap kali memohon pekerjaan terutamanya di sektor awam, keputusan peperiksaan SPM menjadi perkara utama yang akan ditanya di dalam borang permohonan. Oleh itu jangan tercicir dari menduduki peperiksaan SPM.

19 November 2009

Teknik Menjawab Spm A

Check out this SlideShare Presentation:

13 November 2009

Petua Seorang Guru

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk,
Murid mengajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun.

Kalau seorang guru mengajar tanpa alat,
Murid belajar dengan ralat.

Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap,
Ada murid bertambah gagap.

Kalau seorang guru menjadi pemudahcara,
Ramai murid pandai berbicara.

Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai,
Tak akan tahu murid bodoh atau pandai.

Kalau seorang guru berbudi bahasa,
Dikenang murid sepanjang masa.

Renung sejenak

RAJIN BELAJAR, MALAS BELAJAR
Kena buli
MALAS BELAJAR, RAJIN BERCAKAP
Wayang Cina
MALAS BELAJAR, MALAS BERCAKAP
Tak guna
MALAS BELAJAR, SUKA MENGADU
Langau
MALAS BELAJAR, SELALU PONTENG
Lebih baik behenti
MALAS BELAJAR, SUKA TERMENUNG
Lebih baik mati
MALAS BELAJAR, RAJIN MENGADU
Kaki bodek
RAJIN BELAJAR, RAJIN BERCAKAP
BAGUS

Modul

Modul-modul P&P yang lampirkan di sini adalah hasil kerja bersama guru-guru sejarah daerah Kota Tinggi, Johor pada tahun 2007. Ada di antaranya telah diubahsuai untuk untuk penambahbaikkan. Terima kasih semua.

12 November 2009

Pembentukan PTM

Peperiksaan Akhir Tahun

Hari ini merupakan hari terakhir Peperiksaan Akhir Tahun bagi sekolah menengah di negeri Terengganu. Semua guru dikehendaki menghantar markah sebelum atau pada 15 Nov kepada setiausaha peperiksaan.

10 November 2009

Selamat Datang

Selamat datang ke blog Sejarah Menjana Modal Insan.  Blog ini adalah inisiatif saya sebagai mekanisme perkongsian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam kalangan guru sejarah di Malaysia. Melalui blog ini ruang maya dibuka untuk murid-murid dan guru-guru untuk menghayati pembelajaran sejarah secara santai. Selari dengan gelombang globalisasi,  pembelajaran maya ini menyediakan kepada anda gaya belajar dan mengajar yang interaktif. Kecintaan anda kepada negara dan kecemerlangan diri ada di jari anda. Sejarah negara kita jati diri bangsa kita. Kami sayangkan Malaysia dan anda semua