26 October 2010

Soalan penting SPM 2010

Terangkan teori kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab.
F1 Pendapat John Crawford
H1a Islam berkembang menerusi aktiviti para pedagang.
H1b Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China.
H1c Catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton/Amoy (300M).
H1d Sebelum ke China, mereka singgah di pelabuhan Asia Tenggara/ di Selat Melaka.
H1e Mereka menunggu perubahan angin monsun.
H1f Mereka menetap beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan.
H1g Mereka membina perkampungan.
H1h Perkampungan menjadi tapak berdagang/tempat mengumpul barang jualan/tempat membeli barang mewah.
H1i Berkahwin dengan penduduk tempatan.
H1j Pedagang berbincang/berinteraksi/berdakwah dengan pedagang tempatan.
H1k Nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh pendakwah menarik minat orang tempatan untuk mendalami Islam.
H1l Wujud perkampungan Islam Ta Shih di Sumatera Utara 650M.

F2 Pendapat Syed Muhammad Naquib al-Attas
H2a Persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab.
H2b Perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab.
H2c Adat resam dan kebudayaan Melayu banyak dipengaruhi oleh budaya Arab.
H2d Karya tempatan banyak menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Arab.
H2e Hikayat Raja-raja Pasai menceritakan bahawa mubaligh/pendakwah yang pertama tiba di Pasai ialah Syeikh Ismail
H2f Syeikh Ismail mengislamkan Raja Pasai, iaitu Merah Silu/bergelar Malik al-Salleh.
H2g Raja Pattani Phaya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said.

F3 Bukti Tambahan Kedatangan Islam dari Tanah Arab
H3a Kitab agama/Hikayat Nabi Bercukur yang dikarang dalam Bahasa Melayu peringkat awal menggunakan bahasa/gaya penulisan dipengaruhi oleh bahasa Arab.
H3c Tiada unsur India atau China dalam kitab yang dikarang oleh ulama tempatan pada peringkat awal.
H3d Kitab tempatan seperti tauhid, tafsir al-Quran dan Hadis menggunakan bahasa Arab/sumber rujukan dari Arab.

Jelaskan bukti kedatangan Islam dari China.
F1 Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia
F2 dan oleh S.Q Fatimi
F3 Emanuel Gadinho Eredia memberi alasan bahawa Khan Fo/Canton/Guang Zhou telah menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan peniaga Arab sejak abad ke-9M.
F4 Jalinan hubungan antara peniaga membolehkan Islam berkembang di kalangan peniaga China di negara China.
F5 Peniaga China yang berdagang di Asia Tenggara telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.
F6 S.Q Fatimi memberikan bukti bahawa berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton/Amoy ke Asia Tenggara pada sekitar tahun 876M.
F7 Penemuan Batu Bersurat di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu.
F8 Batu nisan yang mempunyai tulisan ayat al-Quran dan kalimah Arab telah ditemui di Kg Permatang Pasir, Pekan, Pahang.
F9 Penemuan ini menunjukkan bahawa Islam sampai ke kawasan Pantai Timur Tanah Melayu sebelum abad ke-13.
F10Pandangan ini berasaskan dakwaan bahawa Islam dibawa oleh Mubaligh China Islam menerusi Laut China Selatan ke Phang Rang di Indo China dan ke Pekan, Pahang.

Pada pendapat anda, apakah keistimewaan ajaran Islam yang menarik minat masyarakat Asia Tenggara untuk menerimanya?
F1 Konsep Tuhan Yang Maha Esa/Tauhid
F2 Keadilan dalam Islam
F3 Menekankan hak individu/masyarakat
F4 Kehidupan yang harmoni
F5 Menyanjung akhlak mulia
F6 Konsep persamaan taraf
F7 Konsep kebahagiaan di dunia dan akhirat.
F8 Islam menuntut manusia berfikir secara rasional
F9 Mementingkan kejujuran
F10 Kesederhanaan
F11 Mudah difahami
F12 Mana-mana jawapan munasabah


Apakah faktor penghijrahan imigran China dan India ke Tanah Melayu?
F1 Galakan kerajaan British.
F2 Tidak ditentang oleh orang Melayu.
F3 Wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India.
F4 Kemakmuran ekonomi Tanah Melayu.
F5 Kestabilan politik di Tanah Melayu.
F6 Banyak peluang pekerjaan di Tanah Melayu.
F7 Kekurangan tenaga buruh tempatan.
F8 Masalah sosial/bencana alam di negara asal.
F9 Ketidakstabilan politik di negara asal.


[Mana-mana 4 X1m]


Terangkan cara-cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.
F1 Sistem Tiket Kredit
H1a Bakal imigran dikumpulkan dari kampung-kampung di China.
H1b Kheh tau (ketua) mengumpulkan bakal imigran (sin kheh) sebelum dibawa ke pelabuhan.
H1c Kheh Tau dibayar bagi setiap imigran China yang dibawa.
H1d Sin kheh diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal/agensi buruh.
H1e Mereka menerima bayaran daripada bakal majikan.
H1f Mereka perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis.
H1g Sin kheh perlu bekerja dengan majikan dalam satu tempoh tertentu untuk menjelaskan hutang.
H1h Sin kheh dibekalkan tiket menunjukkan pelabuhan yang akan mereka tuju.
H1g Tiket juga menunjukkan keterangan sama ada mereka bebas Atau berhutang.
H1h Sampai di pelabuhan, sin kheh diambil oleh pemborong buruh/orang tengah.
H1i Pemborong buruh mendapatkan majikan untuk sin kheh.

F2 Sistem Pengambilan Kakitangan
H2a Majikan menghantar pegawai ke China untuk mencari buruh.
H2b Tambang/perbelanjaan dibiayai oleh majikan.
H2c Pegawai dihantar bertanggungjawab mengiringi buruh hingga sampai ke tempat majikan.

F3 Sistem pengambilan Rumah Kongsi
H3a Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China
H3b Pegawai China dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
H3c Pegawai akan membiayai segala perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.
H3d Pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu.
H3e Kadar bayaran mengikut yang dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawa.

F4 Kemasukan Secara Berkumpulan/Foochow
H4a Persetujuan antara Ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke.
H4b Lebih kurang 570 orang imigran Foochow dibawa masuk ke Sarawak antara Janauri hingga Mac 1901.
H4c Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah/sektor pertanian gambir dan lada hitam.


[Mana-mana 10 x 1m]


Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kesan kemasukan buruh asing ke atas Tanah Melayu.
F1 Pembentukan masyarakat majmuk.
F2 Menyukarkan proses perpaduan kaum.
F3 Peluang pekerjaan rakyat tempatan terjejas.
F4 Membantu meningkatkan daya pengeluaran negara.
F5 Peningkatan kadar jenayah.
F6 Meningkatnya gejala sosial.
F7 Pengaliran wang tunai ke luar negara.
F8 Ekonomi dikuasai oleh orang asing.
F9 Menggugat kestabilan politik.
F10 Mana-mana jawapan munasabah

[Mana-mana 6 X 1m]

19 October 2010

Panduan Ulangkaji SPM 2010

SPM semakin hampir, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Di sini disenaraikan bab-bab penting untuk SPM 2010.

Tingkatan 5
- Bab 6 -
1. Cadangan pembentukan Malaysia
2. Faktor pembentukan Malaysia
3. Reaksi terhadap pembentukan Malaysia
4. Langkah-langkah pembentukan Malaysia
5. Perjanjian Malaysia

- Bab 7 -
1. Raja berpelembagaan/ Peranan Yang Dipertuan Agung
2. Proses penggubalan perlembagaan
3. Badan Perundangan / Badan eksekutif