26 January 2010

TOV 2010

Bermula 27 Januari 2010 calon-calon PMR dan SPM di Terengganu akan menjalani ujian pegesanan TOV. Bagi calon-calon SPM SMKBB, saya berharap anda semua dapat mengulangkaji bab-bab yang telah dibuat peruncingan oleh panitia sejarah. Jadikan TOV ini sebagai pedoman untuk terus cemerlang terutama dalam mata pelajaran sejarah. Di bawah ini saya sertakan jawapan bagi ulangkaji yang calon-calon SPM.

Skema TOV tingkatan 5 2010 akan dimuat naik tidak lama lagi.

1. Perkembangan Tamadun islam di Makkah adalah disebabkan ketokohan dan kewibawaan Nabi Muhammad S.A.W sebagai pemimpin yang berkaliber dan bijaksana.


a) Terangkan latar belakang Nabi Muhammad S.A.W. sebelum kerasulan baginda

F1 Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Abdullah
H1a Nabi keturunan Qusai bin Kilab yang menguasai Makkah, Kaabah dan telaga zamzam
H1b Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal dunia semasa baginda dalam kandungan ibunya.
H1c diputerakan pada malam isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah (20 April 570 M) di rumah datuknya dan diberi nama Muhammad yang bermaksud terpuji.
H1d Nabi menyusu dengan Halimatus Sa'diyah.
H1e Pada usia 6 tahun ibu nabi meninggal
F2 Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib dan kemudian dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib.
H2a Baginda pernah menggembala kambing
H2b Berniaga di Syam bersama-sama Abu Talib
H2c Kerasulan nabi telah diramal oleh pendeta Nasrani bernama Buhaira ketika rombongan perniagaannya singgah di Basrah.
F3 Ketika berumur 20 tahun baginda menjalankan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah (hamba Khadijah).
H3a Sifat terpuji baginda menyebabkan perniagaannya mendapat keuntungan.
H3b Ketika berumur 25 tahun baginda berkahwin dengan Siti Khadijah.

b) Huraikan ciri-ciri keperibadian Nabi Muhammad S.A.W.

F1 Memiliki empat sifat terpuji
H1a Siddiq (berkata benar)
H1b Amanah (dipercayai)
H1c Tabliq (menyampaikan)
H1d Fatanah (bijaksana)
F2 Digelar al-Amin kerana perkataan dan perbuatan baginda dipercayai dan tidak pernah berbohong.
F3 Sifat amanah baginda menyebabkan Khadijah memberi modal yang besar untuk diniagakan.
F4 Sifat kepimpinan dapat dilihat ketika menyelesaikan persengketaan meletakkan Hajar Aswad.
H4a Hajar Aswad merupakan batu hitam yang terletak di penjuru timur kaabah.
H4b terjatuh ketika berlakunya banjir
H4c Menimbulkan pertelingkahan antara kabilah Arab Quraisy untuk meletakkan semula di tempat asal.
F5 Ketua keluarga contoh
H5a Terkenal dengan sifat pengasih, penyanyang dan timbang rasa, membantu isteri memasak, menampal kain koyak dan melayan anak-anak.
H5b Mengamalkan cara hidup sederhana, rendah diri dan pemaaf.
H5c Menyayangi orang tua dan kanak-kanak.
F6 Sebelum menjadi rasul, baginda sering mengasingkan diri di Gua Hirak untuk bertahannuth kepada
ALLAH, memikirkan kehidupan masyarakat yang tidak bermoral.
F7 Sifat pemaaf contohnya mengampunkan kaum Quraisy ketika membuka semula kota Makkah.
F8 Sifat bijaksana baginda terserlah ketika menyelesaikan masalah seperti Perjanjian Hudaibiyah yang dilihat
berat sebelah akhirnya memberi kesan kepada penyebaran agama Islam.


2. Di dalam sejarah Islam zaman Nabi Muhammad S.A.W., telah berlaku beberapa peperangan.
a. Jelaskan prinsip-prinsip peperangan yang digariskan oleh Islam.

F1 Islam tidak membenarkan peperangan berlaku
H1a Kecuali apabila diserang oleh musuh

F2 Orang Islam dibenarkan berperang untuk mencari keamanan
F3 Peperangan juga untuk menjaga tempat ibadat
F4 Setiap pertempuran adalah untuk menentang kezaliman / mempertahankan diri
F5 Islam menganjurkan perdamaian
H5a Seandainya musuh Islam ingin berdamai, maka orang Islam harus memilih perdamaian
F6 Peperangan juga adalah untuk mempertahankan maruah agama/bangsa/negara
F7 Tawanan perang hendaklah dijaga dengan mengikut syarat-syaratnya
H7a Pada zaman nabi Muhammad S.A.W., tawanan perang ada yang diampun/kanak-kanak dan wanita dibebaskan/tawanan lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri
F8 Tentera Islam tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah
H8a Orang tua/kanak-kanak/wanita/orang sakit/orang yang menyerah diri

F9 Tidak dibenarkan memusnahkan harta benda
C9a Binatang ternakan
C9b Tanam-tanaman
F10 Dilarang menceroboh tempat ibadat
F11 Mengamalkan akhlak yang mulia
H11a Saling bertolak ansur
H11b Menunjukkan teladan yang baik

b. Mengapakah Kota Makkah mudah dibuka semula oleh tentera Islam?

F1 Pengislaman al-Abbas dan Abu Sufian memudahkan orang Islam memasuki Makkah
F2 Mereka sedar kepalsuan perjuangan mereka selama ini
F3 Jaminan keselamatan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kepada mereka yang terkepung semasa pembukaan Kota Makkah
F4 Bilangan tentera Islam yang ramai
F5 Nabi Muhammad S.A.W. membahagikan tentera kepada empat pasukan
F6 Menyerang Kota Makkah menerusi empat arah yang berlainan
F7 Tentera Islam memiliki semangat ketakwaan/keyakinan yang tinggi

c. Apakah kepentingan pembukaan semula Kota Makkah oleh Nabi Muhammad S.A.W. pada
tahun 630 M.

F1 Sebagai satu strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam
F2 Memantapkan kerajaan Islam Madinah
F3 Orang Islam dapat menunaikan ibdat di Kota Makkah dengan aman
F4 Menunjukkan sifat pemaaf Nabi Muhammad S.A.W. / baginda tidak membalas dendam terhadap orang Arab Quraisy
F5 Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur Jahiliah
F6 Agama menyembah berhala terhapus dan digantikan dengan Islam
F7 Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam
F8 Kota Makkah dijadikan sebagai kota suci orang Islam
F9 Kota Makkah menjadi tumpuan orang Islam seluruh dunia untuk melakukan ibadat
F10 Membuktikan bahawa negara Islam yang dibentuk di Madinah begitu kukuh di bawah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W.
F11 Pembuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
F12 Dakwah Islam telah tersebar secara aman / tanpa paksaan
F13 Mewujudkan sebuat pusat pemerintahan Islam yang kuat
F14 Menjadikan Madinah sebagai pusat pentadbiran Islam
F15 Makkah dijadikan salah sebuah wilayah Islam
F16 Di Makkah pula seorang wakil dilantik bagi menjalankan pemerintahan

  • Pendidikan Formal
  • Pendidikan Tidak Formal
3. Maklumat di atas menunjukkan pengaruh Islam terhadap sistem pendidikan di Tanah Melayu.
a) Jelaskan pengaruh kedatangan islam terhadap pendidikan tidak formal.

F1 Merupakan pendidikan awal
F2 Asuhan dalam institusi keluarga
F3 Penekanan terhadap pengajaran nilai-nilai murni
F4 Pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian
F5 Kanak-kanak mempelajari kemahiran daripada ibu bapanya menerusi pemerhatian dan latihan seperti dalam bidang pertanian, perikanan, kraf tangan atau pertukangan
F6 Ibu bapa mengajar anak-anak tentang agama, kelakuan dan adat resam, sikap bersopan santun, cara berkawan dan menjaga maruah
F7 Nilai-nilai budaya murni diserapkan melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan cerita jenaka
F8 Cerita berbentuk teladan dan pengajaran diberi penakanan 1
H8a Cerita anjing dan bayang-bayang, pengajaran agar seseorang itu tidak terlalu tamak.
H8b Cerita Sang Kancil menekankan kepandaian dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah
F9 Kanak-kanak mempelajari panang larang dan adat istiadat melalui pergaulan sosial.
H9a Tunduk sambil menghulur tangan apabila lalu di hadapan orang lebih tua
F10 Pendidikan tidak formal menerusi pantun, eribahasa dan teka-teki
F11 Pepetah seperti “siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri”, mengajar kanak-kanak berkelakuan baik dan jangan sesekali bercakap bohong

b) Nyatakan peranan istana sebagai insitusi pendidikan

F1 Istana sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan
F2 Sejarah Melayu mencatatkan tentang peranan israna Melaka sebagai pusat pengajian agama.
F3 Sultan Mansur Shah memepelajari Islam daripada Maulana Abu Bakar, Sulatan Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan Maulana Sadar Jahan.
F4 Perkembangan pesat bidang pendidikan diperngaruhi oleh ulama dan pendakwah asing yang menetap di Melaka
F5 Ulama pelbagai bangsa seperti Benggali, Arab, Parsi dan Gujerat
F6 Minat pemerintahnya terhadap ilmu pengetahuan
F7 Kitab al-Dur al_manzum (Mutiara tersusun) sebuah kitab tasawuf karangan Maulana Abu bakar diarak ke balairung istana Melaka
F8 Sultan Mansur Shah dikatakan sangat berminat dalam pengajian Tasawuf
F9 Istana tempat menyimpan buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah.
F10 Pendidikan di istana melibatkan hal pentadbiran negara serta politik

09 January 2010

Sesi Persekolahan 2010

Syabas dan tahniah kepada semua pelajar tingkatan 4 yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan PMR yang lalu. Tingkatan empat bukanlah tahun untuk "berbulan madu". Sebaik sahaja melangkah ke tingkatan empat, pelajar telahpun melangkah ke alam peperiksaan SPM, kerana apa yang dipelajari di tingkatan empat turut terkandung di dalam peperiksaan SPM.
Oleh itu pelajar seharusnya bersiap sedia untuk menerima pelajaran baru yang sedikit sebanyak berbeza dengan apa yang dipelajari di peringkat PMR. Bagi mata pelajaran sejarah, untuk peringkat SPM terbahagi kepada dua kertas iaitu kertas satu dan dua. Kertas satu mengandungi 40 soalan objektif, manakala kertas dua mempunyai dua bahagian. Bahagian A, empat soalan struktur perlu dijawab, manakala Bahagian B, pelajar perlu menjawab tiga dari lima soalan yang ditanya.
Semoga pelajar dapat menerima perubahan yang agak ketara dalam mata pelajaran sejarah.
Selamat Berjaya