15 April 2010

Contoh menjawab soalan esei SPM


Galurkan penyebaran Islam di Makkah oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Secara sulit;
Penyebaran Islam di Makkah berlaku dalam dua peringkat iaitu secara sulit dan secara terbuka. Pada mulanya dakwah dijalankan secara rahsia selama 3 tahun. Pengislaman hanya ditujukan kepada ahli keluarga nabi, sahabat rapat dan kaum kerabat. Pengislaman secara sulit ini melibatkan Khadijah bt Khuwailid (isteri nabi), Ali b. Abu Talib (kanak-kanak berusia 1 tahun/sepupu nabi), Abu Bakar al-Siddiq (sahabat baginda) yang kemudiannya mengislamkan Uthman b. Affan. Al-Arqam b. Abu Arqam menjadikan rumahnya pusat kegiatan Islam pertama di Makkah.

Secara terbuka;
Selepas pengislaman secara sulit, penyebaran secara terbuka dijalankan selama 10 tahun. la dijalankan secara terang-terangan selepas menerima perintah Allah.  Pengislaman secara terbuka telah dilakukan ke atas keluarga Abdul Muttalib. Ceramah telah diadakan di rumah Ali b. Abu Talib tetapi kemudiannya dakwah secara terbuka di Bukit Safa ditujukan kepada ketua pentadbir Makkah seperti ketua Bani Abdul Muttalib, Bani Tamim, Bani Zuhrah tetapi usaha ini dihina oleh Abu Lahab.