29 July 2010

Soalan Ramalan 2010


TAMADUN INDUS

1.  Di manakah lokasi tamadun Indus?   (ms23)
Kata Kunci
Huraian
Lembah
Di lembah Indus yang disaliri oleh sungai Indus  .

2.  Nyatakan satu faktor kejatuhan tamadun Indus . (ms23)
Kata Kunci
Huraian
Aryan
 Serangan orang Aryan.
Bencana
Bencana alam iatu  kemarau dan banjir  

3.  Senaraikan dua bandar utama yang terletak di Lembah Indus. (ms24)
Kata Kunci
Huraian
Mhjd
Mohenjo-Daro            .
Hrp
Harappa  

4.  Jelaskan ciri-ciri pembentukan  bandar terancang di  Mohenjo-Daro dan Harappa dalam     
     tamadun Indus  .(ms24 )  
Kata Kunci
Huraian
Bahagi
Bandar dibahagi kepada dua bahagian          
Utama
Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan
Pentadbiran
Menempatkan bangunan pentadbiran / tempat mandi awam
Kedua
Tempat kedua ialah kawasan perumahan
Tembok
Bandar di kelilingi oleh tembok
Kumbahan
Terdapat sistem kumbahan yang terancang
Jalan raya
Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus
Sungai
Bandar-bandar boleh dihubungi  melalui sungai
Geometri
Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri  dan pembinaan     .         
Mesopotamia
Perancangan Bandar hasil sumbangan tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir Purba
Batu bata
Menggunakan batu-bata   tanah liat melalui pembakaran suhu yang tinggi
Blok
Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
Bilik mandi
Rumah di bandar mempunyai bilik mandi dan tandas
Susun atur
Bandar  disusun dengan susun atur yang sistematik.

5.  Mengapakah masyarakat Indus berupaya membina bandar yang terancang? (ms24)    
Kata Kunci
Huraian
Susun atur
Memiliki kepakaran dari segi susun atur
Geometri
Faham tentang ilmu geometri
Matematik
Faham tentang ilmu matematik
Pertukaran
Pertukaran teknologi dengan tamadun lain
Mutu
Peningkatan mutu bahan binaan
Batu bata
Teknologi menghasilkan batu bata
Kumbahan
Membina  sistem kumbahan yang terancang
Jalan raya
Mampu membina jalan raya yang baik



6. Nyatakan bukti wujudnya hubungan perdagangan antara tamadun Indus dengan  Tamadun  
    Mesopotamia?  (ms26)   
Kata Kunci
Huraian
Cop  
Penemuan cop mohor buatan masyarakat Indus di Mesopotamia                  .

7. Jelaskan organisasi sosial masyarakat Lembah Indus  .(ms25)                                         
Kata Kunci
Huraian
Golongan
Terdapat golongan atasan dan bawahan
Atasan
Golongan atasan ialah pendeta dan pedagang
Pendeta
Pendeta mempunyai kuasa   yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat.
Agama
Terutama dalam bidang keagamaan
Pemerintahan
Memegang tapuk pemerintahan
Bawahan
Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh
Petani
Petani menjalankan aktiviti pertanian
Buruh
Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan
Terusan
Contohnya membina terusan / menjaga kebersihan bandar

8.  Jelaskan pengkhususan pekerjaan masyarakat Indus. (ms26)      
Kata Kunci
Huraian
 Kegiatan
Menjalankan kegiatan perdagangan/  pertanian/pertukangan
Luar
Perdagangan melibatkan dengan tamadun luar
Cop
Buktinya penemuan cap mohor Indus di Mesopotamia
Perdagangan
Hasil perdagangan ialah emas /  gading / manik
Petani
Petani menanam tanaman makanan
Barli
Contoh barli / kacang
Artisan
Golongan artisan terlibat dalam pembinaan/ menghasil barang logam / tembikar

9.  Nyatakan amalan agama dan kepercayaan masyarakat tamadun Indus .(ms26)       
Kata Kunci
Huraian
Patung
Dibuktikan dengan penemuan patung    Proto-Siva
Dewa
Patung itu melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva
Hindu
Berkait dengan agama Hindu
Tuhan Ibu
Masyarakat ini juga percaya kepada Tuhan Ibu

10.  Terangkan tiga sumbangan tamadun  Indus dalam peradaban dunia . (ms27)    
Kata Kunci
Huraian
Perancangan bandar 
-Keupayaan mewujudkan bandar terancang.
- Nama bandar   Mohenjo-Daro dan Harrapa.
- Kemajuan bidang  ilmu geometri dan  seni bina.
- Membuat batu bata daripada tanah liat dengan  pembakaran suhu   
  tinggi.
Sifat keterbukaan
- Membuat hubungan dengan tamadun lain.
- Hubungan dengan tamadun Mesopotmia dan tamadun Mesir.
-  Berlaku pertukaran teknologi.
Mengeksploitasi kelebihan yang dimiliki 
- Untuk memudahkan kehidupan
- Mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan  kehidupan
- Menjadi panduan generasi seterusnya 
- Menghasilkan tamadun cemerlang
Aspek keamanan
-Mengajar kepada dunia bahawa  keamanan  asas kekuatan negara




TAMADUN HWANG HO

1.  Di manakah lokasi tamadun Hwang Ho  ? (ms28)  

Kata Kunci
Huraian
Hwang
Dilembah Hwang  Ho yang subur(Sungai Kuning)                    .

2.  Senaraikan dua dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho . (ms29)
      
Kata Kunci
Huraian
Hsia
Dinasti Hsia                   
Shang
Dinasti Shang    
Chou
Dinasti Chou                 
Ching
Dinasti Ching 
Chin
Dinasti Chin

3.  Senaraikan dua ciri  Bandar Anyang .(ms29) 
     
Kata Kunci
Huraian
Negara kota
Salah satu contoh negara kota.
Istana
Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran.             
Ketua
Ketua pemerintah ialah raja, golongan pembesar dan golongan agama.
tembok
Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh.
Kampung
Di kelilingi oleh perkampungan petani.           

4.  Senaraikan susun lapis masyarakat Dinasti Shang          .(ms30)  
       
Kata Kunci
Huraian
Raja
Golongan raja.                                              
Pembesar
GolonganPembesar
Petani
Golongan petani / artisan
Hamba
Golongan hamba

5.  Apakah kegunaan gangsa yang dalam Dinasti  Shang   yang dihasilkan oleh golongan artisan ?
                                                                                                                                                            (ms30)  
Kata Kunci
Huraian
Senjata
Menghasilkan senjata
Perisai
Menghasilkan perisai                                                                                 
Hiasan
Hiasan pada kereta kuda


6.  Apakah tugas golongan hamba dalam tamadun Hwang Ho ?(ms30)       
   
Kata Kunci
Huraian
Tentera
Tentera paksaan.                                               
Buruh
Menjalankan kerja buruh                               
korban
Untuk tujuan korban  dalam upacara penyembahan



7.  Jelaskan ciri-ciri sistem pemerintahan Dinasti Shang .(ms 31)    
Kata Kunci
Huraian
Beraja
Pemerintahan beraja.
Pengganti
Pengganti raja selalunya saudara lelaki atau anak lelaki raja.
Kewibawaan
Raja mempunyai kewibawaan politik / ekonomi /  sosial  / agama.
Berkuasa
Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
Mandat
Masyarakat percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
Pengesahan
Raja-raja Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka daripada keturunan pemerintah agama
Dibantu
Raja dibantu oleh golongan bangsawan /  pegawai kerajaan dalam pentadbiran.. 
Luar
Bagi wilayah luar, pentadbiran dibantu oleh golongan bangsawan.
Bangsawan
Golongan bangsawan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya
Sendiri
Bangsawan berhak mewujudkan pentadbirannya sendiri dalam hal cukai /pertahanan/ undang-undang

8. Jelaskan amalan keagamaan dan kepercayaan tamadun Hwang Ho . (ms31 )  
Kata Kunci
Huraian
Animisme
kepercayaan animisme      
Politeisme
Kepercayaan politeisme.
Roh
Penyembahan roh nenek moyang.
Syurga
Menyembah tuhan syurga dan tuhan bumi
Sungai
Penyembahan terhadap sungai / bukit / gunung           
Penyembahan
Upacara penyembahan melibatkan  muzik, tarian dan upacara korban 
Bomoh
Upacara penyembahan diketuai oleh  bomoh
Oracle
Jumpaan tulang  yang dikenali sebagai tulang oracle
Meramalkan
Fungsi tulang oracle untuk meramalkan sesuatu keadaan
penilikan
Bomoh terlibat dalam upacara penilikan  dengan meletakkan tulang  di atas unggun api
 Rekahan
Rekahan pada tulang ditafsirkan dengan sesuatu kejadian
Mandat
Percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan
Shang-ti
Percaya kepada dewa Shang-ti
Tien
Mempercayai satu kuasa agung yang dikenali sebagai Tien
Yin dan Yang
Mempercayai konsep Yin dan Yang
Feng Hsui
Mempercayai konsep Feng Hsui

 9.  Apakah kesan amalan penilikan tulang oracle? (ms31)  
Kata Kunci
Huraian
Tulisan
 Membawa kepada sistem tulisan  awal di China       

10.  Nyatakan unsur kepercayaan tamadun Hwang Ho yang masih kekal hingga kini. (ms31) 
Kata Kunci
Huraian
     Roh
Pemujaan roh nenek moyang.
Korban
Unsur korban manusia telah digantikan dengan   makanan/ duit kertas / barangan perhiasan.
Ying
Konsep Yin dan Yang. 
Feng
Kongsep Feng Hsui.
Kalendar
Amalan menggunakan kalendar dalam aktiviti harian.
Falsafah
Pengamalan falsafah Perang Sun Tzu dalam  perniagaan.


11.  Senaraikan  sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian . (ms32)
Kata Kunci
Huraian
Pengairan
Pembinaan sistem pengairan.
Banjir
Tujuan mengairi kawasan pertanian dan untuk mengelakkan banji.r
Pembajakan
Kemajuan teknologi pembajakan.
Cangkul
Penciptaan cangkul / sabit.
Batas
Penggunaan batas untuk tujuan tanaman.
Besi
Perubahan secara evolusi penggunaan alat pertanian daripada kayu kepada besi.

12. Terangkan empat sumbangan tamadun Hwang Ho dalam peradaban dunia. (Ms32-33)      
Kata Kunci
Huraian
Bidang politik 
-Mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno.
-Sistem pemerintahan monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
- Gelaran raja ditukar kepada maharaja.
-Konsep anak syurga dan mandat dari syurga dikaitkan dengan raja.  
Sumbangan bidang  pertanian
-Pembinaan sistem pengairan.
-Mengairi kawasan pertanian dan untuk mengelakkan  Banjir.
-Kemajuan teknologi pembajakan.
-Penciptaan cangkul / sabit.
-Penggunaan batas untuk tujuan tanaman.
-Perubahan secara evolusi penggunaan alat pertaniian daripada kayu kepada besi.
Sistem Tulisan

-Berkembang secara evolusi
- Digunakan  oleh orang China  hingga sekarang.
- Penggunaannya meluas.
- Digunakan dalam bidang penulisan / percetakan.
- Diajar di sekolah-sekolah di China.
- Penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.
Sistem kepercayaan

- Pemujaan roh nenek moyang. 
- Dijalankan semenjak Dinasti Shang.
- Diteruskan mengikut kesesuaian masa.
- Upacara korban manusia tidak lagi diamalkan tetapi
   digantikan dengan unsur lain.
Penciptaan kalendar
-Dicipta semasa Dinasti Shang.
-30 hari dalam sebulan  .
-360 hari setahun
-Untuk menentukan musim menanam dan menuai.
-Untuk menjalankan aktiviti harian.
-Upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian.

13.  Apakah yang dimaksudkan dengan Yin dan Yang (ms33)    
Kata Kunci
Huraian
Unsur
Orang China percaya bahawa alam semesta / kejadian alam terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi iaitu Yin dan Yang
Yin
Yin ialah kuasa pasif  
Yang
Yang kuasa aktif