Renungan

"Pelajarilah ilmu pengetahuan, sebab mempelajarinya itu kerana ALLAH merupakan tanda takwa kepada-NYA, mencarinya merupakan ibadat, menelaahnya sebagai tasbih, mengkajinya adalah sebagai jihad, mengajarnya kepada orang yang belum mengetahuinya merupakan sedekah, menyampaikannya kepada ahlinya adalah kebaikan".
Muaz
Hendaklah kamu semua mencari ilmu pengetahuan sebelum ia dilenyapkan. Lenyapnya ilmu pengetahuan ialah dengan matinya orang-orang yang memberikan ilmu atau yang mengajarnya. seseorang itu tidak akan dilahirkan dalam keadaan pandai. Oleh itu ilmu pengetahuan mestilah dicari dengan cara belajar.
Ibnu Mas'ud r.a.

"Sesungguhnya ALLAH SWT, para malaikat serta penghuni langit dan bumi hinggakan semut yang ada di dalam lubangnya dan ikan yu yang ada di lautan, semuanya memohon rahmat untuk mereka yang mengajar orang ramai ke arah kebaikan."
Hadis riwayat Tirmidzi