07 July 2010

Latihan Tingkatan 4 Bab 5


PIAGAM MADINAH

Apakah yang dimaksudkan dengan piagam Madinah
Kata Kunci
Huraian
Perlembagaan
Merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad S.A.W. berpandukan wahyu ALLAH
Pertama
Merupakan perlembagaan bertulis yang pertama digubal di dunia yang menjadi asas kepada sebuah negara yang berdaulat
Asas
Menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial
Catat
Mencatatkan tentang peraturan tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya, serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan orang bukan Islam

Jelaskan kandungan Piagam Madinah

Kata Kunci
Huraian
Orang Islam
Mengandungi 47 fasa. 23 fasal membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka terhadap negara Madinah.
Bukan Islam
24 fasal lagi berkaitan dengan tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap negara Madinah
Politik
Nabi Muhammad S.A.W. berperanan sebagai pemimpin kerajaan Islam Madinah yang mempunyai penduduk berbilang kaum, agama dan budaya.
Hakim
Nabi Muhammad S.A.W. sebagai ketua hakim bertindak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah berasaskan semangat musyawarah dan berlandaskan keadilan
Agama
Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing dan menghormati agama yang dianuti oleh individu lain dan tidak memaksa mereka memeluk Islam
Bebas
Masyarakat Madinah bebas mengamalkan adat masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam
Ummah
Masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah yang hidup bersatu padu, tolong menolong dan bekerjasama tanpa mengira bangsa untuk menjaga keharmonian negara
Perundangan
Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh
Keluarga
Peraturan kekeluargaan yang bersesuaian dengan Islam boleh diamalkan sekiranya tidak bercanggah dengan Islam
Tuntut
Kerjasama antara masyrakat Madinan dituntut demi kemajuan ekonomi negara
Ekonomi
Tiada diskriminasi untuk memperoleh peluang ekonomi
Amalan
Amalan riba dan penindasan dalam kegiatan perniagaan dilarang
Pertahanan
Mewajibkan semua masyarakat Madinah mempertahan Madinah dari serangan musuh luar
Jamin
Keselamatan bukan Islam dan orang Yahudi terjamin,  mereka mempunyai hak yang sama dengan masyarakat lain selagi mereka mematuhi Piagam Madinah


Huraikan kepentingan Piagam Madinah dalam pembentukan masyarakat yang adil.

Kata Kunci
Huraian
Panduan
Merupakan model kerajaan Islam sebagai panduan pemerintahan negara
Terima
Kerajaan Islam boleh diterima pakai oleh semua golongan masyarakat
Praktik
Undang-undang Islam boleh dipraktikkan dalam sebuah sesebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama
Lengkap
Piagam ini mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap  merangkumi peraturan yang berkaitan dengan dunia dan akhirat
Ekonomi
Dari segi ekonomi, amalan riba, penipuan, rasuah dan penindasan tidak dibenarkan
Sedekah
Sifat bertimbang rasa dan amalan bersedekah telah digalakkan
Keadilan
Ekonomi Islam sangat mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan
Ummah
Berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah, semangat ukhuwah Islamiah iaitu kedudukan rakyat adalah sama dan keadilan sosial dipraktikkan bagi membolehkan masyarakat bersatu padu dan aman
Taraf
Tiada lagi perbezaan taraf di kalangan masyarakat. Menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam serta semangat perpaduan, bantu membantu dan semangat rela berkorban.
Syariah
Mempunyai undang-undang yang adil, lengkap dan sempurna kepada masyarakat Madinah daripada pelbagai keturunan, budaya dan agama
Susun
Menyusun perlembagaan negara terlebih dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum membentuk kerajaan
Letak
Sistem pemerintahan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W. meletak ALLAH sebagai kuasa yang tertinggi
Sistematik
Menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik dengan setiap kaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan dan perlu mematuhinya
Selamat
Bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara Madinah daripada serangan luar untuk menjadikan negara Madinah kuat dan disegani oleh negara luar

No comments:

Post a Comment