04 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Buat pelajar-pelajar ku yang disayangi. Dalam kemeriahan menyambut hari raya korban, jangan dilupa untuk mengulangkaji pelajaran kerana SPM akan bermula tidak lama lagi. Semoga anda semua sentiasa di lindungi ALLAH selalu.
Maaf kerana tidak sempat mengemaskini blog ini dengan maklumat untuk peperiksaan. Tak tahu kenapa tahun ini agak sibuk terutama dengan kursus di luar daerah. Namun begitu diharap maklumat yang disampaikan di kelas dapat membantu anda semua menghadapi peperiksaan nanti. Saya doakan kejayaan sentiasa bersama anda semua.

No comments:

Post a Comment